PENGENALAN TSMEX 2024

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu menimbangkan untuk meluaskan pasaran produk atau perkhidmatan mereka ke peringkat antarabangsa bagi meningkatkan hasil pendapatan syarikat.

Program Transforming SMEs into Exporters (TSMEX) dibawakan oleh Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dengan kerjasama SME Corporation Malaysia (SME Corp). Program ini dirangka khusus untuk menyiapkan para usahawan PKS dengan pengetahuan persediaan dan langkah-langkah untuk mengeksport.

PROGRAM INI ADALAH PERCUMA!

Objektif Program TSMEX adalah untuk membantu usahawan PKS :

  • Mengetahui proses-proses yang perlu dilalui bagi persediaan untuk mengeksport
  • Mampu menilai persediaan dan potensi syarikat untuk mengeksport
  • Mengenalpasti setiap langkah penting di dalam proses pengeksportan
  • Memahami bagaimana untuk mengeksport secara sistematik

PELAKSANAAN PROGRAM

Peserta Program TSMEX:

Syarikat PKS yang mempunyai potensi dan perancangan untuk mengeksport.

Setiap Syarikat hanya boleh menghantar seorang wakil yang akan mengikuti kesemua modul latihan. Wakil Syarikat adalah pemilik syarikat atau individu yang bertanggungjawab membuat keputusan perniagaan dan strategi syarikat.

Setiap Syarikat akan mengikuti Fasa I iaitu siri Latihan seperti berikut:

  • Modul I (2 Hari) – Fizikal : Pengenalan kepada Eksport
  • Modul II (2 Hari) – Fizikal : Strategi Mendapatkan Pesanan Jualan
  • Modul III (2 hari) – Fizikal : Pelan Pemasaran Untuk Eksport
  • Modul IV (1 hari) – Maya : Sesi Perkongsian Industri

Setiap Modul akan dijalankan secara fizikal. Latihan akan disampaikan secara teori, dan diikuti oleh perbincangan serta aktiviti secara berkumpulan.

Sebanyak 30 syarikat akan dipilih untuk mengikuti Fasa II iaitu Sesi Khidmat Nasihat Perniagaan ke Arah Pengeksportan. Fasa ini akan berlangsung selama 3 bulan, di mana Syarikat akan dibimbing oleh pakar industri dan pakar bidang khusus. Khidmat nasihat perniagaan merangkumi pemasaran, kewangan dan strategi perniagaan.

Di akhir program, Syarikat yang menjalani siri latihan akan lebih mengetahui tentang langkah-langkah untuk mengeksport serta dapat menghasilkan pelan strategi untuk pengeksportan.

30 Syarikat yang terpilih ke Fasa II layak untuk mengikuti atau memohon program-program berkaitan Eksport yang dilaksanakan oleh SME Corp atau agensi-agensi yang berkaitan.

LOKASI

  • Kuala Lumpur
  • Selangor
  • Pulau Pinang
  • Johor
  • Sabah
  • Sarawak

MODUL PROGRAM

Peringkat Pra-Pesanan untuk Eksport

1.

Potensi Eksport

2.

Persediaan Untuk Eksport

3.

Pemilihan Produk dan Pasaran Sasaran

4.

Penyelidikan Pemasaran Antarabangsa

5.

Pelan Eksport

6.

Jualan dan Pemasaran Eksport

7.

Strategi dan Saluran Pemasaran

8.

Perundangan Berkaitan Eksport

9.

Penentuan Harga Eksport

10.

Pesanan Eksport

Peringkat Selepas Eksport

11.

INCOTERMS 2020, Pesanan, Penghantaran dan Logistik

12.

Pembayaran dan Kewangan Berkaitan Aktiviti Eksport

PENCERAMAH

AB TEOH

AB Teoh telah berkecimpung di dalam bidang pengeksportan dan perniagaan antarabangsa selama lebih dari 30 tahun. Beliau merupakan perunding import-eksport serta merupakan tenaga pengajar bertauliah dan mempunyai Akreditasi INCOTERMS 2020 (ICC – International Chamber of Commerce, Paris).

AB Teoh juga pernah menjadi pensyarah di dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dan merupakan mantan Kolumnis Majalah TRADEMART (terbitan MATRADE – Malaysia’s Trade Promotion Agency). Beliau juga telah menghasilkan buku bertajuk “12 Steps to Successful Exporting”.

Beliau telah mendapat pengiktirafan sebagai pemeriksa Piawai Kesihatan Kontena Laut. Beliau berulang-alik antara Malaysia, Singapura dan New Zealand sepanjang berkecimpung di dalam bidang export-import. Beliau juga mempunyai pengalaman bekerja di FONTERRA berkaitan peralatan perkhidmatan makanan,  serta pengalaman di dalam sektor perkhidmatan bangunan, automasi, dan HVAC & R. Beliau juga mempunyai kemahiran di dalam pengurusan tender antarabangsa bagi pembekalan bahan mentah untuk pengagihan bekalan air di negara-negara di bawah Bank Dunia serta Bank Pembangunan Asia.

DAFTAR DISINI

Jika anda ada sebarang pertanyaan berkenaan program ini, sila hubungi 

usechatgpt init success
usechatgpt init success

SEKRETARIAT PROGRAM

Unit Latihan

Nur Ain Shamsudin
nurain@mtdc.com.my
013-330 1550

Noor Laily Abdul Rahman
laily@mtdc.com.my
019-622 6320

usechatgpt init success
usechatgpt init success

Unit Khidmat Nasihat

Nurul Azwa Aman Khan
azwa@mtdc.com.my
019-2269022

usechatgpt init success
usechatgpt init success

© 2024 All Right Reserved | Copyright Tentra Maya  | Powered by Alev Brand Design