Program Langkah Perniagaan Bagi Penyelidik Lembaga Koko Malaysia (LKM) ini akan mendedahkan para penyelidik tentang proses dan lanskap pengkomersialan hasil inovasi produk penyelidik Lembaga Koko Malaysia.
Memberi bimbingan kepada penyelidik untuk membangunkan pelan perancangan perniagaan produk atau perkhidmatan hasil inovasi penyelidik.
Memberi perkongsian landskap perniagaan di dalam industri berteknologi.
Memberi input awal tentang aspek pengurusan perniagaan daripada penubuhan entiti perniagaan, pengurusan operasi, pengurusan kewangan, dan pengurusan pemasaran.
Idea dan inovasi yang dihasilkan oleh para penyelidik perlu disampaikan kepada pengguna melalui produk atau perkhidmatan supaya pengguna akan mendapat manfaat. Di dalam proses pengkomersialan ini, para penyelidik harus melalui pelbagai peringkat daripada perancangan dan strategi perniagaan, penubuhan syarikat, pengurusan operasi, kewangan dan pemasaran.
Kepimpinan dan Nilai Keusahawanan
Pengurusan Perniagaan
9.00 – 9.30 pagi | Pendaftaran dan Minum Pagi |
9.30 -10.00 pagi | Perasmian Program oleh |
10.00 pagi – 11.00 pagi | Kepimpinan & Nilai Keusahawanan |
11.00 pagi – 11.30 pagi | Minum Pagi |
11.30 pagi – 1.00 petang | Dari Makmal ke Pasaran |
1.00 petang – 2.30 petang | Makan Tengahari |
2.30 petang – 3.30 petang | Halatuju Pengkomersialan LKM |
3.30 petang – 4.00 petang | Minum Petang |
4.00 petang – 5.00 petang | Halatuju Pengkomersialan LKM |
9.00 – 9.30 pagi | Pendaftaran dan Minum Pagi |
9.30 pagi – 11.30 pagi | Perancangan Perniagaan |
11.30 pagi – 11.45 pagi | Minum Pagi |
11.45 pagi – 1.00 petang | Asas Pengurusan Kewangan Perniagaan |
1.00 petang – 2.30 petang | Makan Tengahari |
2.30 petang – 3.30 petang | Pengurusan Operasi Perniagaan |
3.30 petang – 4.00 petang | Minum Petang |
4.00 petang – 5.00 petang | Pengurusan dan Teknik Pemasaran |
5.00 petang | Program Tamat |
TENTRA adalah sebuah akademi yang menyokong pembangunan kapasiti, kemahiran dan keusahawanan bakat tempatan bagi syarikat-syarikat berasaskan teknologi. Program Latihan di TENTRA terdiri daripada program berasaskan kemahiran TVET, kemahiran insaniah (Soft skills) dan Pengurusan Perniagaan.
TENTRA adalah salah sebuah Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Selain daripada itu, TENTRA juga merupakan Penyedia Latihan Berdaftar HRD Corp, Malaysia Board of Technologists (MBOT) dan memperoleh Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO/IEC 27001:2013 Information Security Management Systems.
Program Langkah Perniagaan Bagi Penyelidik Lembaga Koko Malaysia (LKM)
© 2023 All Right Reserved | Copyright Tentra Maya | Powered by Axpic Design